Sunday, November 13, 2011

MORBID ANGEL LIVE IN SINGAPORE 25 MAY 2011 plus TRIP TO SINGAHELL!

Hahahaha!! Biarpun sudah lebih 5 bulan berlalu. namun ianya tetap segar dalam pikiran . 25 may, semestinya adalah tarikh biasa bagi orang di sekeliling. Namun bagi para "kepala besi" terutama di rantau asia , ianya adalah satu tarikh yang tidak dapat dilupa kan kerana band lagenda Ekstrim Metal dunia, Morbid Angel telah melaku kan tour mereka di rantau asia ini. Dan Singapura menjadi tempat pilihan mereka untuk mengadakan persembahan sulung mereka.




Bagi para "kepala besi" di luar sana , tidak perlu lagi sia perkenal kan band Morbid Angel pada anda semua kerana ianya adalah satu nama yang cukup gah di arena musick ekstrim metal dunia! Sia cukup bertuah kerana berpeluang melihat mereka beraksi, di depan mata!


Sia mula bergerak dari Sabah Ke Singapura pada 23 may kerana sia tau yang sia jarang mendapat peluang untuk ke tpt orang so sia sengaja ke Singapura awal, supaya dapat jalan-jalan la kununnya. hehe.. Sesampainya di Changi Iternational Airport Singapura, orang yang pertama sia nampak adalah Syaithan of the mighty IMPIETY. Kelihatannya beliau sedang menunggu seseorang pada ketika itu..mau ditegur tapi malu2 tupai masa itu. Ditambah lagi dengan penat yang melampau, sia terus berjalan meninggal kan beliau (bulan 9 terjumpa juga nti tu di Sabah) . Sia disambut oleh abg sia pada masa itu . Memandangkan beliau bekerja di singapura pada ketika itu jadi secara tidak langsung dia menjadi tour guide sia. hahaha!



my bro



Kami menetap di Dra Residence dimana cas biliknya jauh lebih murah (jika dibanding kan dengan hotel yang lain) . Tidak apa bah sbb my main target is to watch Morbid fucking Angel not staying in 5 star hotel!!


"perlindungan" sewaktu di singapura.

okay cerita panjang tidak pandai habis2.. lumpat trus pergi time konsert Morbid Angel tu.. Pada jam 5 petang gitu lah kalo tidak silap sia smpai di Pasir Ris, dan sia terus berjumpa dengan komrad komrad dari sabah di mana pada masa itu hanya kami berlima jak (sambil menantikan kedatangan joe dengan amal yang masing2 dari johor dan sabah kalo tidak silap sia la, maklum la hal lama sudah).

sabahell troopers!

ramai sudah para "kepala besi" pada masa itu.. Masing masing dengan baju M.A mereka . ada yg bootleg, ada yg official dan juga ada yg rare! Tetapi mereka semua berada di sini hanya untuk 1 tujuan (bukan menayang kan betapa rare mereka!) iaitu untuk sama sama menerima "rahmat" dari Morbid Angel! yearggghhhh!!! Teringat sia terus semasa kami beratur untuk mendapat kan baju tour M.A tersebut. Keadaan seperti kanak kanak afrika yang diberikan makanan, semua berebut! oleh kerana terlalu sesak dan sia tidak berganjak dari tempat sia berdiri hampir hampir 30 minit, akhir nya semua urusan pembelian telah diserahkan kepada saudara Usop Blastfire prod.(thanks usop!).hahaha.




beginilah keadaan sewaktu urusan pembelian baju.

Setelah menunggu hampir 3 jam, akhir nya pada jam 8 lbh gitu pintu masuk ke dalam venue dibuka. Selepas saja tangan sia dicop, tiket dikoyak kan, tanpa berlengah lengah seperti seorang kanak kanak, sia berlari menuju ke tempat di mana sia boleh melihat M.A dengan lebih dekat..hahaha. Venue pun semakin lama mulai dibanjiri para "kepala besi" dan setelah menunggu hampir 30 minit di dalam. akhir nya kami semua melihat gitaris M.A muncul iaitu pak cik Trey ! kemudian mulai kelihatan drummer Tim Yeung , gitaris Destructor lalu orang "depan" iaitu pak cik David Vincent! Sebaik jak David berkata "oh yeah" sebanyak 2 kali sambil disahut oleh kami, maka ritual pun bermula dengan lagu mereka yg berjudul "Immortal rites". Selepas itu mereka mulai membaptis para "kepala besi" dengan lagu "fall from grace".. kelihatan di sini crowd suda mulai rancak!hahahaha.. tetapi a big fuck off diberikan kepada securiti konsert tersebut!! adaka org nak berseronok pun dihalang!!! wei!! Rugi orang bayar tiket mahal mahal, datang dari jauh kalau setakat nak berdiri kaku jak! (harap pihak pengurusan lebih mengambil berat pasal hal ini). dan pada lagu ini nampak nya ada sedikit masalah teknikal nya di mana strap gitar bass pak cik David Vincent terlepas, semasa lagu masih berjalan. Tetapi ternyata pengalaman bermain hampir 30 tahun membuatkan David Vincent dengan senang mengawal keadaan tersebut. Credit goes to you David Vincent.. Kebanyakan lagu lagu yang dimain pada malam tersebut dipetik dari album "Altar Of Madness" dan "Covenant" biarpun tujuan tour mereka adalah untuk mempromosikan album terbaru mereka. Setelah memainkan berbelas lagu, akhirnya Morbid Angel menutup tirai ritual mereka dengan lagu " World of shit (the promise land)" . Ternyata lagu ini berjaya membuat sia menjadi orang gila sekejap (padahal semua lagu dia pun buat sia jadi gila masa tu,hahaha). Akhirnya Morbid Angel Meninggal kan pentas setelah hampir 2 jam beraksi! Ternyata semua masih tidak berpuas hati dan ingin kan lebih lagi, termasuk sia. tetapi apa boleh buat. hahaha... Sememang nya malam tersebut amat gila sekali! Bukan hanya kerana Morbid Angel, bah kan para "kepala besi" yang hadir juga gila gila! hahaha! Ada yang datang dari Sarawak, Sabah (kami la tu!) , Indonesia ( Nino aspiranta ov Trauma punya troops) dan juga Thailand. Selebih nya dari Singapura dan Semenanjung Malaysia.

Man, 25 may 2011 sememang nya gila. Thanks to Cynical Sound kerana membawa Morbid Angel ke Republik singapura. ( kan bagus kalau ada promoter dari sebelah malaysia yang membawa mereka. Sia percaya crowd di malaysia akan berlipat kali ganda ramainya!)

tersebut adalah sedikit gambar gambar sepanjang Morbid Angel beraksi..Enjoy!









GRINDFUCKER (22.37 p.m .Typing while sitting and listening to Persecution Mania album)

2 comments: